Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

11 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) giat mempromosikan kempen berkenaan “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”. Kempen ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia menggunakan platform sosial media dengan betul tanpa mengeluarkan unsur-unsur negatif yang boleh membangkitkan kemarahan daripada pihak lain.

Dengan isu yang dialami oleh semua negara iaitu serangan virus Covid-19, ada kemungkinan pihak-pihak tertentu menyalahgunakan sosial media dengan menokok tambah maklumat yang diberikan oleh pihak berwajib. Jadi sama-samalah kita berganding bahu dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara untuk memastikan maklumat yang diberikan sahih, tepat dan hentikan penyebaran berita/info palsu.

6 perkara yang kita perlu lakukan dalam menjamin kesejahteraan dalam media sosial :
• Bijak menilai sesuatu artikel/info.
• Jangan keliru antara berkongsi pandangan dengan menyebarkan penipuan.
• Bercakap benar untuk menggelakkan kekeliruan penerima info/berita.
• Beringat bila bercakap.
• Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian.
• Luahkan pendapat berdasarkan fakta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas